Kaedah Haraki, Satu Inovasi Kaedah Mempelajari Al-Quran

Cara santai, tapi berkesan! 

Kaedah Haraki adalah inovasi kaedah terbaru mempelajari AlQuran, dengan teknik-teknik istimewa yang memberikan nafas baru dalam teknik pengajaran dan pembelajaran AlQuran supaya lebih menarik dan berkesan.

Kaedah ini terbukti berjaya membantu ramai peserta kami dengan syarat mudah ini:

1. Boleh baca rumi
2. Kesungguhan pelajar ( komitmen)
3. Izin Allah

Nama “Haraki” diambil daripada perkataan bahasa arab yang bererti pergerakan. Istilah ini diambil kerana pengajaran al-Quran kaedah haraki banyak menggunakan pergerakan anggota badan terutama pergerakan tangan.

Pergerakan tangan digunakan untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingat pelajaran yang disampaikan samada di peringkat asas itu mengenal huruf hijaiyah hinggalah di peringkat mengenal bacaan bertajwid.

 

 

Hj. Zakaria Nasirudin

Pengasas Kaedah Haraki
Pengasas Kaedah Haraki, Hj. Zakaria bin Din @ Nasirudin berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak.

Kaedah Haraki telah di cipta pada Mac 2013, bermula apabila Hj. Zakaria Nasirudin cuba mengajar dua orang pelajarnya di IPG Kampus Perak yang baru memeluk agama Islam membaca al-Quran. Tanpa diduga kaedah dan teknik yang digunakan telah berjaya membantu dua pelajarnya membaca al-Quran secara bertajwid dalam masa lebih kurang 8 jam.

Kemudian beliau telah diminta untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat negeri Perak sempena sambutan Hari Guru JPN Perak 2013. Dalam pertandingan tersebut beliau telah berjaya meraih pingat emas. Pada 23 May 2015 beliau terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2015 dan telah memenangi Anugerah Emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (iTEX 2015)

Kini beliau telah memilih bersara awal sebagai pensyarah dan sekarang menjadi Pengarah Urusan Usrah Haraki Sdn. Bhd.

KEISTIMEWAAN HARAKI

  • MENYERONOKKAN

    Tak perlu berasa bosan dan mengantuk lagi untuk belajar Al-Quran!
  • TIDAK PERLU MALU

    Tenaga pengajar profesional dan tidak akan memalukan pelajar dalam kelas Haraki.  
  • PENGGUNAAN ANGGOTA BADAN

    Hanya menggunakan angota badan tanpa perlu sebarang alat tambahan untuk membantu proses pempelajaran.
  • MUDAH DIFAHAMI

    Menjimatkan masa dan kos anda untuk belajar mengaji Al-Quran!
  • CEPAT & BERKESAN

    Menjimatkan masa dan kos anda untuk belajar mengaji Al-Quran.  
  • KHAS BUAT BUTA AL-QURAN

    Setiap modul dirangka khas dari pengenalan huruf hingga ke peringkat membaca Quran walaupun sebelum ini tidak tahu langsung membaca Al-Quran.
  • Seronok Belajar

    Tak perlu berasa bosan dan mengantuk lagi untuk belajar Al-Quran!
  • Kaedah Cepat

    Kaedah Haraki direka khas untuk menjadikan pembelajarn Al-Quran cept dan berkesan.
  • Menepati Hukum Tajwid

    Dengan Kaedah Haraki, bacaan Quran tetap menepati hukum tajwid walaupun tidak perlu menghafal setiap hukum tajwid.

Team Haraki Ipoh

Visi Kami

PENERAJU PROGRAM CELIK AL-QURAN DI IPOH

Misi Kami

Membantu masyarakat yang menghadapi kesukaran membaca alQuran dengan memperkenalkan Kaedah Haraki supaya celik Al-Quran dengan cepat dan mudah.

Matlamat Kami

Program ini adalah sebagai alternatif dalam membantu umat Islam yang lemah dalam pembacaan al-Quran dengan menggunakan kaedah yang cepat, mudah dan menarik supaya mereka boleh membaca al-Quran bertajwid.

Maklumat Lanjut

Blog: 

Sertai Kelas Haraki sekarang untuk menyelesaikan masalah buta Al-Quran!